Dari raya pertama sehinggalah ke hari ini , raya ketiga , aku masih terperuk dekat rumah , tak keluar - keluar beraya . Mana taknya dari raya pertama lagi orang datang tidak putus - putus , dari pagi sampai ke malam . Sibuk yang amat . Mencuci-mengemas-menghidang . Dapat pulak yang banyak demand , baru bagi air dua jug , eh ke dapur minta air lagi , dah habis katanya . Semalam memang penat gilos ! Dua kali masak , siang-malam . Tapi aku tak masaklah . Aku cuma tolong potong - potong bawang , basuh pinggan mangkuk , tu jelah .
Tak merasa lagi dua baju raya . Taktahu bila nak pakai . Tak tahu bila nak mula beraya . Entah esok ada yang datang lagi . Ahad dah balik sana , memang takberayalah gini jawabnya . Sobs :( Eh , tapi takraya pun duit raya masih berjalan tau . Ehem .
Masuk ni dah tiga orang kata gua makin slim . Semuanya memakcik . Aku dengan bangganya pun ceritalah dekat Nenek ;
" Nek , dah tiga orang dah kata orang dah slim "
" Ah , tapi pipi cacat "
Peh peh , laser gila mulut Nenek . Tahulah pipi ni ada jira-awat , tapi hemm hemmm tak patut tauu Nenek cakap macam tu T T Sampai hatiiii ! Tak memberi kata semangat langsung . Aku rasa jerawat aku naik tetiba , ni mesti sebab haritu kemas rumah terkena habuk yang banyak . Sebab raya pertama tu yang tetiba naik . Hailaa . Bila mahu hilang ni :(
Raya kau orang macam mana ? Mesti best gila kan ? Keluar beraya sana sini .Mohon esok keluar beraya . Till then , salam .
9 comments:
i suka bila raya ramai orang dtg rumah. Penat tp seronok :-)
aku raya kedua ja penat skit..tp bestrasa meriah ja rumah..jerawat tu pun nk raya..haha
raya aku penat dengan tido je haha
Hanya sempat pulang ke kampung tanpa sempat beraya. Awesome! AHAAHA -,-
Oh bunga oh bunga, i dah jatuh hati pada header baru you. Heeee. Meh la beraya sini, di Kelantan. Ke jauh?
x seronok der raya aku tahun nie :(
haha, lawak gile doe ko punyer nenek
lawak la nenek ayuz... tu la, akk hari raya ke enam ni baru leh keluar balik kg... tu keluar secara senyap2.. hehehe
hadeh biaselaaa hari raya....sbuk kan. hehehe
sibuuukk sangatttt :(
Post a Comment