Wednesday, August 19, 2015

A little confidence would help

Sejak jerawat aku naik balik March lepas keyakinan diri aku dah jatuh sikit demi sikit. Tambah dengan parut jerawat lama yang berlekuk lagilah buat aku jadi down gila. Hari-hari pandang cermin soal diri sendiri bila muka mahu flawless. Dah licin muka dulu sibuk cuba locak products yang kononnya boleh hilangkan lekuk-lekuk ni padan muka diri sendiri. Tengok orang lain pakai elok je kau pun pakai juga. Padanlah muka diri sendiri memang kulit kau jenis yang sama dengan depa pun kan?

Nak masuk clinical years lagi 2 minggu. Takyakin sebab muka tak flawless satu. Yang keduanya basic tak kuat. Boleh tak confident dengan diri sendiri? Sekarang ni yang penting focus on study. Dah kaya nanti pergi buka laser ke chemical peeling ke dermaabrasion ke. Takyah stress sangat pasal jerawat tu. Buat taktahu je. Takyah nak jeles sangat orang lain muka cantik pastu insecure pastu rasa down. Takyah. Sampai masanya nanti cantiklah. Have faithlah. Pastu kita nak jumpa Dr Rohani kan esok. Have faith, usaha dan be confident!

Pastu selalu senyum. Dahlah kening memang semulajadi buatkan muka nampak garang, jadi senyum!




Monday, August 17, 2015

Appreciation

Aku selalu rasa aku sayang paling banyak, aku paling banyak berkorban, aku paling banyak tunjuk effort yang aku nakkan dia. Sampai satu tahap aku ulang kali ingatkan awak kena hargai tiap apa yang kita dah buat untuk awak. Padahal itu semua common sense kot. Tak payah nak ingatkan orang. Tak payah. Parents kita dari kita kecil sampai ke besar banyak yang mereka korbankan ada ulang banyak kali hargailah semua benda yang kami dah buat untuk awak. Jangan kecewakan kami. Kita sendiri tau okay depa dah banyak sacrifice untuk aku kena balas jasa dorang ni. Belajar sungguh-sungguh.

Common sense. Takyah ulang kali cakap benda yang sama. Kita ni dah cukup ke hargai apa benda yang orang buat untuk kita? Dah cukup? Nampak tak nampak je. Asyik nampak diri sendiri je yang banyak berkorban sampai rasa orang sana tu tahu goyang kaki je padahal dialah yang paling banyak buat macam-macam untuk kita. Cuma tulah tak nampak. Tak tunjuk. Sebab dia tak macam kita kerja asyik ulang banyak kali ayat yang sama. Kerja asyik nak mengungkit je apa yang kita buat.

Untung dapat orang yang penyabar. Tapi penyabar macam mana pun ada limit dia.Jangan sampai nanti-nanti dia pergi sebab diri kau sendiri.

Padan muka.

So behave!



Friday, August 14, 2015

Random Awesome

"Awak je cakap saya tak handsome"

Bila masa entah hahahaha. Tapi aku rasa aku memang jaranglah nak puji orang cantik ke handsome ke bisik dalam hati je dengar sendiri-sendiri pastu insecure. Blergghhh. Serius kadang ada satu masa aku dok scroll gambar perempuan-perempuan cantik dekat instagram pastu bisik dengan diri sendiri cantiknya dia ni semorang dah pandai nak cecantik aku ni dah dua puluh dua pun jerawat naik balik pastu tak reti nak make up sobs. Walaupun muka tak flawless tapi aku punya confident nak keluar rumah ke kedai ke bandar kepe sangat tinggi. Persetankan semuanya. Pergi kelas pun naked face habis. Tapi jauh ke lubuk hati tu insecurenya tengok orang cantik hanya Tuhan je yang tahu.

Alah kalau nak diikutkan pun memang berlambak perempuan yang lagi cantik dari kita. Kalau kita keep on comparing diri kita dengan dia tak bersyukurlah kita dengan apa yang Tuhan bagi. Mungkin dia lebih dari segi kecantikan kita lebih dari segi lain. Cantik tu pun subjektif. Cantik macam mana yang kita cari?

Takyah nak insecure sangatt boleh takkkkkkkkkk.
Lusa kita jumpa dokter pastu slow-slow belajar make up okay hahahaha.

Nanti-nanti :)