Thursday, April 2, 2015

Back to 2011

2011, aku mula tulis blog yang aku rasa aku betul-betul menjiwai tulisan aku. Sebelum 2011, aku tulis blog sebab ikut-ikut kawan. Tengok kawan ada blog rasa macam best je aku pun ikut tulis. Tapi tak pernah tahu nak tulis apa. Masuk 2011, dah ada jiwa dah. Pandai dah bikin ayat manis. Kebanyakan tulisan aku dulu berbunga-bunga. Aku taktahu macam mana aku boleh power gila bikin ayat manis. Kira dulu tulisan aku lebih kepada pandangan aku tentang cinta tentang hidup tentang apa saja yang aku rasa aku mahu tulis. Masatu aku lantang. Aku tak kisah orang nak cakap apa. Kot. Jadi apa yang aku rasa aku nak tulis, aku tulis. Cakap orang kita letak belakang. Yalah hidup ni kalau nak ikutkan cakap orang memang tak kemanalah.

Aku taktahu sejak bila aku mula fikir pasal perasaan orang yang baca, tentang pandangan orang pada aku. Sejak tu aku mula dikit-dikit padam satu persatu tulisan aku. Dari yang jiwang kemain lagi sampailah yang aku rasa random gila, semua habis licin. Lagi satu masa tu aku rasa aku macam dah matang sikit. Macam eii gelilah baca tulisan dulu-dulu. Padahal tulisan tulah yang buat aku senyum lebar. Boleh kira perbualan aku dengan Jaka aku kepilkan sekali.

Sejak blog aku mati, Jaka turut mati.

Jaka wujud sebab blog. Manalah aku nak panggil dia Jaka depan-depan. Gila apa. Ya panggilnya Sayang kalau depan mata. Ehem.

2011 ialah tahun di mana Gadis Bunga wujud.
2011 ialah tahun di mana bermulanya Jaka dan aku.
2011 ialah tahun di mana aku mula tekad untuk menjadi doctor.
2011 ialah tahun di mana aku mula kenal dunia luar sebetul-betulnya.
Dan banyak lagi.


Serasa aku sejak aku tinggalkan blog, aku jadi makin kurang manis. Aku hilang skill untuk mengayat Jaka. Eceh. Kalau dulu aku bisa bikin puisi buat Jaka. Ini serius. Walaupun puisinya entah apa-apa. Ah lantak. Yang penting bahasanya jujur. Dan boleh bikin Jaka senyum sipu malu. 


Ah rindu!
Jadi mulai hari ini aku akan mula menulis kembali.
Yeay!