Saturday, May 30, 2015

Will Our Dreams Come True?

Semalam selamat dapat result block 3. 3 orang passed with distinction, 3 orang failed, and the rest macam aku passed. Teringin nak dapat distinction. Tapi distinction ni hanya untuk orang-orang terpilih je yang mana kuat berusaha yang mana genius yang mana otak udang yang mana super duper awesome.

Tak dapat bayangkan kalau-kalau tahun depan ada kawan-kawan yang tak dapat saing naik third year. Harapnya jumpa semorang masa clinical nanti. Harap-harap takde yang kecundang. Harap-harap masa graduate nanti semua muka-muka yang aku nampak sekarang ada dekat sebelah aku sama-sama kongsi rasa bahagia. Tinggal lagi 3 tahun lagi. 55 hari lagi sebelum first professional exam. Sekarang ni memang dah masa-masa yang critical dah. Harapnya kita semua boleh serap ilmu sebanyak mana yang boleh. Moga nanti masa jawab exam semua boleh buat. Moga nanti kita semua lulus dengan flying colors.

In 3 years time, moga-moga kita semua dapat capai impian kita untuk jadi doctor.

Till then,
:)


Thursday, May 28, 2015

Cool Kid

Sayang awak jangan cool sangat boleh tak?

Serius aku rasa dia ni cool sangat suka tak nak tunjuk apa yang dia rasa, suka simpan sendiri, sampai aku rasa kadang macam dia tak kisah sangat dah pasal aku. Lepastu bermulalah episod cakap bukan-bukan. Aku sebenarnya takut juga kalau-kalau nanti-nanti dia dah tak tahan lagi dengan perangai aku. Aku ni pun macam jenis yang suka lelaki show off dia punya love affection je. Dia tunjuk bila dekat je. Maksud aku bila jumpa tu aku tahulah dia memang sayang aku. Tapi bila dah start jauh balik macam ni lambat reply sikit, tak call sikit, busy sikit aku dah cakap bukan-bukan. Kalau dia yang mengarut tahu pula nak marah. Mende tah. Bila nak dekat niiiiiiiiiiiiiiii? Asyik jauh je. Asyik kena tanggung rindu je. Tak sangguplah nak macam ni. Cukuplah 4 tahun lebih je long distance relationship. Tsk tsk. Kalaulah parents kitorang kasi kawin masa study. Kalaulah.

Eiiiiiiiiiiiiiiii boleh tak fokus kepada study tu dulu. Takyah nak meroyan cakap bebukan apa semua. Kawin ni bukan cinta je semata. Banyak lagi benda lain. Lepastu takyah nak cakap bebukan sangat. Nak sangat ke benda yang bukan-bukan tu jadi? Tahu nanti hilang separuh dari diri sendiri. Mana lagi nak cari orang macamtu. Mungkin ramai lelaki kat luar sana jenis yang suka show off love affection tapi adakah semua lelaki tu boleh tahan true colors kau plus depa nak hang ke? Kah!




Monday, May 11, 2015

Now Playing

Heart like yours- Willamette Stone

Aku taktahulah aku tengah stress esok ada case discussion lepastu aku tak habis baca lagi Pott's disease ataupun sebab aku tak siap lagi lab investigation cerebral ischemia ataupun sebab next week mini test ataupun sebab lagi 75 hari lagi nak ke pro ataupun hmm eiii taktahulah yang penting sekarang asyik ada rasa tak kena itu ini je. Nak kata pms baru je itu hari. Rasa menyampah dengan diri sendiri macam nak ketuk kepala ke dinding bagi genius sikit kalau boleh blergh. Lepastu balik-balik orang yang sama jadi mangsa. Benda tah konon and then I decided to change. Blah. Not long after that I'm back to who I used to be before. Panas baran. Cepat naik angin. Lepastu tetiba rasa bersalah lepastu sedih sendiri. Ke sebenarnya aku ni ada neurological disorder? Hmmmmm 



Friday, May 8, 2015

78

Lagi 78 hari lagi.
Lagi 78 hari lagi.

Esok tinggal 77.
Lusa 76.
Lepastu jadi 75...70 dan akhirnya sampailah ke 24 Julai. Gila. Tak lama je lagi. Tapinya persediaan tak pernah nak cukup. Padahal selama ni dah ada masa yang panjang tapi langsung tak guna dengan sebaiknya lepastu sekarang rasa takut. Kadang-kadang rasa macam boleh ke tak sebenarnya ni aku jadi dokter? Bila orang cerita pasal clinical years aku dah my god macam mana nanti kalau dokter tanya aku tak boleh jawab. Dahlah sekarang ni tak boleh relate semua benda. Ingat semua benda pun tak. Lagi part microbe memang aku lemah gila babi. Serius. Sampai sekarang tak ingat-ingat gram bacteria. Lepastu baru nak baca sikit terus rasa hmm takde moodnya.

Kalaulah boleh skip medschool dan terus kerja jadi awesome doctor alangkah indahnya hidup. Tapi mana datangnya pelangi kalau takde hujan kan?



Tuesday, May 5, 2015

Happy 22nd Birthday




And may all your wishes come true, Shahrin :)

Sunday, May 3, 2015

Don't Let Me Fall

"But I gotta know no matter how things go
that you will be around"



Saturday, May 2, 2015

Happy 23rd Anniversary

Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke 23 mak & abah.
Kalau Tuhan tak pertemukan abah & mak tak terlahirkan saya ke dunia ini. Semoga Tuhan curahkan lebih banyak kasih sayang pada mak & abah. Semoga mak & abah sentiasa bahagia sampai bila-bila.

Dan semoga Tuhan permudahkan urusan saya untuk beri mak & abah menantu dan juga cucu.
Hihihihihihi.