Thursday, July 2, 2015

About Time

"Macam kejap je dah Julai rasa macam baru je haritu masuk 2015"
"Tak sangka kan tahun depan kita dah 23 tahun" 

5 bulan je lagi wei nak 2016. 
Masa kekecik dulu kemain tak sabar nak besar. Masuk zaman sekolah rasa tak sabar nak tahu beberapa tahun dari sekarang agaknya apa jadi ya. Sekarang dah 5 tahun tinggalkan zaman sekolah. Tahun depan dah 23 tahun. Abah selalu cakap tak sangka abah ada anak 3 orang. Tak sangka abah jumpa mak pastu dapat kau orang semua. Dah besar dah semua. Rasa macam baru semalam abah dukung kau orang. Cepatnya masa berlalu. 


Sepupu yang kekecik yang dulu boleh piggyback pusing keliling rumah sekarang dah besar dah masuk sekolah menengah dah. Sekejapnya. Nanti tak lama lagi tup tap kalau Tuhan izin tau-tau je dah ada keluarga sendiri, dah ada anak-anak. Aku dah save satu nama untuk anak perempuan aku nanti. Sofea. Kalau Tuhan izin nanti-nanti.


Haritu lepas hantar Amani ke terminal, cakap dengan Azyati bayangkan empat lima tahun akan datang agaknya kita tengah buat apa ya sekarang ni? Azyati kata masatu kita mesti busy dah dekat hospital dengan kerja masing-masing, dah tak jumpa dah semorang sedihnya. Aku kata mungkin masatu kita tengah on the way nak balik kampung dengan family kita sendiri. 

Dan mungkin juga empat lima tahun lagi tu kita sendiri dalam tanah. 

Ingat gembira macam mana pun mati jangan lupa.
Oh Tuhan.

:(