Week one itu hari introduction to paeds posting. Masuk minggu kedua dah start pergi hospital, clerk patient, examine patient punya jantung, paru-paru dan perut untuk case presentation, penuhkan logbook, case write up dan yang paling penting untuk kegunaan masa depan juga nanti. Medicine ni ialah pembelajaran sepanjang hayat. Sampai bila pun takkan pernah habis sebab medicine ialah satu bidang yang luas. Mana boleh lupa benda yang kita dah belajar sejak dari first year lagi. Tak boleh! Semua tu diguna pakai sampai mati.
Ahad itu hari sampai ke selasa ada dekat temerloh. Ward paeds hospital temerloh ya tohan cantik yang amat. Kalau aku jadi budak-budak mesti aku suka datang ward paeds hari-hari. Bapak cantik gila interior designnya. Nama pun ward kanak-kanak kan kenalah berseri berwarna warni sikit kan. Masuk hari jumaat ni adalah dalam 6/7 case juga yang aku dah clerk. Serius cakap aku takut patient. Aku tak reti nak approach patient. Tak reti nak mulakan perbualan.
First day sampailah ke harini pun hari ke lima mesti nak kena ada orang teman pastu nak orangtu mulakan dulu cakap dekat mak/ayah adik tu yang kita nak clerk anak dia. Aku takut pada rejection :( Padahal biasalah tu kadang parents patients ni nak privacy malas nak layan medical student tanya soalan yang sama berpuluh kali. Tapi bagusnya abang-abang akak-akak pakcik-pakcik makcik-makcik ni dia layan je orang tanya apa. Walaupun soalan tu dah ditanya banyak kali orang medical student yang berbeza.
Pastu kenalah terus terang kak/bang/cik/pakcik saya ni baru je bape hari kat sini. Tanya macam-macam ni sebab nak belajar kalau saya macam slow sikit tu maaflah ye heheheh buatlah muka semanis yang boleh. Yang bestnya dorang ni faham je tau. Tapi aku ni ha yang gelabah sangat takut nak approach.
Semalam nama aku naik untuk long case. Dokter nak case yang berkaitan dengan buah pinggang, down syndrome dengan sistem saraf. Aku pilih yang berkaitan dengan buah pinggang. Pagi rabu tu memula clerk 2 orang sorang ada jangkitan kuman pada saluran kencing sorang lagi ada nanah dekat buah pinggang. Serius masatu takde confident pun nak teruskan clerking sebab dah rasa krik krik taktau nak tanya apa. Aku masatu mengedeng je ikut kemana kawan aku pergi. Rasa bodoh gila boleh tak. Masuk ward taktau nak buat apa. Bukan taktau nak buat apa tapi takut nak approach patient. Haihhhh.
Pastu try clerk adik yang ada demam denggi, Dah confirm dah nak amik adik tu jadi case presentation. Sekaliiiii petang tu adik tu discharge dahhhh. Sedih gila boleh tak nak tak nak kena cari patient baru. So aku pun teruskanlah clerking juga adik yang ada nanah dekat buah pinggang tu. Siap berteman lagi sebab takuttttttt sangatt. Serius tak tipu :(
Tanya-tanya mak adik tu rasa macam tak cukup je rasa macam tak puas hati. Aku pun apa lagi bukalah bed tickets tengok file adik tu rupanya dia ada congenital anomalies. Buah pinggang belah kiri dia ada dua salur kencing (ureter) bahasa mediknya duplex kidney. Takpe kalau ada dua salur kencing dekat satu buah pinggang asalkan dia tak belit sesama sendiri. Ni adik ni saluran tu berbelit jadi tersumbatlah saluran kencingnya. Air kencing takboleh keluar terkumpul dekat buah pinggang. Apa lagi kalau air dah bertakung je macam tu senangnya nak dapat jangkitan. Tak kisahlah jangkitan kuman ke virus ke fungus ke.
So thats how adik tu ada nanah dekat buah pinggang dia. Selain tu dia ada demam, selsema dengan batuk. Juga mak perasan air kencing dia da sekali nanah. Jadi dia datang ke htaa untuk tebuk perut dia untuk alirkan nanah tu keluar. Lepas nanah tu dikeluarkan je barulah demam selsema dengan batuk dia tu surut.
Case yang aku buat untuk case write up ni pulak pasal jangkitan paru-paru.
Bila tengok adik-adik yang sakit ni aku rasa apa tau. Aku patut bersyukur diberi kesihatan. Kaya mana pun pandai mana pun kalau tak sihat susah juga. Bayangkanlah dengan badan kecik macam tu dah sakit-sakit. Hidup terperap je dalam hospital. Dalam ward to be specific.
Mana yang asyik merungut Tuhan tak bagi apa yang kau nak tu tolonglah jangan. (cakap dekat diri sendiri juga ni). At least kita sihat. Boleh makan apa je yang kita nak. Boleh buat hobi kita luangkan masa lapang kita dengan benda yang best-best.
Bersyukurlahhhhhhhhhhhhhhhh.
Nanti-nanti :)