Sunday, August 30, 2015

Another Random Post

Masa sekolah dulu aku suka tulis surat untuk diri sendiri. Selalunya surat tu pasal hal-hal yang berkaitan dengan future plan, do's & don't, motivational thoughts lagi-lagi bila aku down dekat nak exam ataupun rasa insecure dengan something. Entah mana tah semua surat tu pergi. Aku pun bukannya jenis orang yang pandai simpan barang. Tau-tau je dah hilang. Tau-tau je dah takde. Tak reti jaga barang orang kata. Memang. Handphone baru setahun dah berlekuk sana-sini. Orang punyalah jaga siap bumper siap tampered glass bagai.

Aah ek kadang aku rasa aku ni lagi banyak cerita pasal aku punya weakness daripada strength. Pasni kena gali cari balik ah strength aku apa. Nanti habis medschool nak interview untuk houseman kang taktahu nak cakap apa pasal weakness lagi banyak daripada strength. Tak. Sama je kot sebenarnya. Cuma aku lagi nampak kekurangan aku daripada kelebihan aku. Aku lagi nampak kelebihan orang daripada kelebihan aku. Sebab tulah insecure tak sudah. Entah ada orang lain yang nampak aku cantik, aku pandai, aku baik, aku bersinar-sinar bak bulan di malam hari yang kelam malap tanpa cahaya. Ada ke? Hahahahaha. Kbai. Tengok tu tak confident dengan diri sendiri!  Mesti ada punya. Sorang dua jadilahkan daripada takde langsung. 

Nak masuk posting paeds lagi seminggu. Cuaks gila namateyyy. Group whatsapp aku, Doctor, ada pesakit kemain rancak lagi. Pagi buta dah aktif. Aku jadi makin cuak tengok depa ni kemain rancak je discuss itu ini. Aku cakap dalam hati, kena belajar betul-betul ni. Bukannya sikit yang kau taktahu. Sikit je yang kau tahu. Nanti dah masuk posting pergilah mengedeng dekat senior dengan houseman. Cari depa! Minta tolong ajar mana yang taktahu. Sekarang bukan zaman kena suap lagi dah. Zaman kalau kau tak suap sendiri kau mati kebulur. Nak ke? Jangan nanti lepas habis medschool menyesal sebab tak competence nak jadi dokter. Nak ke macam tu? Patient datang taktahu nak diagnose sakit apa taktau nak bagi ubat apa.

Salah sekarang takpe. Susah sekarang takpe. Kena marah sekarang takpe. Menangis sekarang takpe. Jangan nanti-nanti dah jadi dokter jadi stress taknak pergi keje sebab tak reti buat itu ini. Pulunlah sekarang puas-puas. Untuk masa depan sendiri juga nanti. Okay? 

Sampai sekarang aku still dengan orang yang sama sejak 4 tahun lepas. Harapnya sampai bila-bila. Dah tak payah nak fikir negatiflah apa. Kalau memang betul dialah orangnya busy macam mana pun nanti, sama-sama juga akhirnya. Boleh nak curiga nak insecure tapi biarlah ada tempatnya. Eii focus on your studylah! Nak habiskan mbbs on time kan? Nak kawin by 25/26/27. Mana boleh repeat even a single year pun. Tak boleh! Sekarang ni belajar bebetul habiskan mbbs dalam masa 3 tahun lagi, pass interview, jadi dokter dan kawin. Minta pada Tuhan lancarkan semuanya. Tuhan tu dengar cuma diri sendiri jelah malas nak minta. Sombong benor.




Sebab sekarang dah malas nak tulis surat untuk diri sendiri. Tulis blog jelah yang termampu. Nak tengok esok-esok apa perasaan bila baca post harini. Malas nak enable comments sebab taknak orang comment pape nak orang baca je. Hahahaha kbai.

Nanti-nanti :)



Wednesday, August 26, 2015

Clinical Posting

Welcome to clinical years dear self.
Semalam name list for clinical posting keluar. Aku dapat posting paediatric dulu. Third year ni ada 4 posting; internal medicine, surgery, O &G dengan paeds. Kitorang semua ni dibahagikan pada 4 group besar ikut posting yang ada. Pastu daripada tiap group ni pecah lagi kepada 3 subgroup. Aku taktahu lagi subgroup aku dengan siapa. Heharap semuanya senang nak bekerja sesama.

After paeds ni aku akan proceed ke O&G, surgery last sekali internal medicine. Sekarang tengah elementary class sampai next week. 7 Sept ni nanti baru start clinical posting. Cuaks gila namateyy. Heharap semuanya berjalan dengan lancar. Positip!



Wednesday, August 19, 2015

A little confidence would help

Sejak jerawat aku naik balik March lepas keyakinan diri aku dah jatuh sikit demi sikit. Tambah dengan parut jerawat lama yang berlekuk lagilah buat aku jadi down gila. Hari-hari pandang cermin soal diri sendiri bila muka mahu flawless. Dah licin muka dulu sibuk cuba locak products yang kononnya boleh hilangkan lekuk-lekuk ni padan muka diri sendiri. Tengok orang lain pakai elok je kau pun pakai juga. Padanlah muka diri sendiri memang kulit kau jenis yang sama dengan depa pun kan?

Nak masuk clinical years lagi 2 minggu. Takyakin sebab muka tak flawless satu. Yang keduanya basic tak kuat. Boleh tak confident dengan diri sendiri? Sekarang ni yang penting focus on study. Dah kaya nanti pergi buka laser ke chemical peeling ke dermaabrasion ke. Takyah stress sangat pasal jerawat tu. Buat taktahu je. Takyah nak jeles sangat orang lain muka cantik pastu insecure pastu rasa down. Takyah. Sampai masanya nanti cantiklah. Have faithlah. Pastu kita nak jumpa Dr Rohani kan esok. Have faith, usaha dan be confident!

Pastu selalu senyum. Dahlah kening memang semulajadi buatkan muka nampak garang, jadi senyum!




Monday, August 17, 2015

Appreciation

Aku selalu rasa aku sayang paling banyak, aku paling banyak berkorban, aku paling banyak tunjuk effort yang aku nakkan dia. Sampai satu tahap aku ulang kali ingatkan awak kena hargai tiap apa yang kita dah buat untuk awak. Padahal itu semua common sense kot. Tak payah nak ingatkan orang. Tak payah. Parents kita dari kita kecil sampai ke besar banyak yang mereka korbankan ada ulang banyak kali hargailah semua benda yang kami dah buat untuk awak. Jangan kecewakan kami. Kita sendiri tau okay depa dah banyak sacrifice untuk aku kena balas jasa dorang ni. Belajar sungguh-sungguh.

Common sense. Takyah ulang kali cakap benda yang sama. Kita ni dah cukup ke hargai apa benda yang orang buat untuk kita? Dah cukup? Nampak tak nampak je. Asyik nampak diri sendiri je yang banyak berkorban sampai rasa orang sana tu tahu goyang kaki je padahal dialah yang paling banyak buat macam-macam untuk kita. Cuma tulah tak nampak. Tak tunjuk. Sebab dia tak macam kita kerja asyik ulang banyak kali ayat yang sama. Kerja asyik nak mengungkit je apa yang kita buat.

Untung dapat orang yang penyabar. Tapi penyabar macam mana pun ada limit dia.Jangan sampai nanti-nanti dia pergi sebab diri kau sendiri.

Padan muka.

So behave!



Friday, August 14, 2015

Random Awesome

"Awak je cakap saya tak handsome"

Bila masa entah hahahaha. Tapi aku rasa aku memang jaranglah nak puji orang cantik ke handsome ke bisik dalam hati je dengar sendiri-sendiri pastu insecure. Blergghhh. Serius kadang ada satu masa aku dok scroll gambar perempuan-perempuan cantik dekat instagram pastu bisik dengan diri sendiri cantiknya dia ni semorang dah pandai nak cecantik aku ni dah dua puluh dua pun jerawat naik balik pastu tak reti nak make up sobs. Walaupun muka tak flawless tapi aku punya confident nak keluar rumah ke kedai ke bandar kepe sangat tinggi. Persetankan semuanya. Pergi kelas pun naked face habis. Tapi jauh ke lubuk hati tu insecurenya tengok orang cantik hanya Tuhan je yang tahu.

Alah kalau nak diikutkan pun memang berlambak perempuan yang lagi cantik dari kita. Kalau kita keep on comparing diri kita dengan dia tak bersyukurlah kita dengan apa yang Tuhan bagi. Mungkin dia lebih dari segi kecantikan kita lebih dari segi lain. Cantik tu pun subjektif. Cantik macam mana yang kita cari?

Takyah nak insecure sangatt boleh takkkkkkkkkk.
Lusa kita jumpa dokter pastu slow-slow belajar make up okay hahahaha.

Nanti-nanti :)