Sunday, October 18, 2015

Babble babble and babble

Aku sebenarnya nak siapkan seminar harini. Cadangnya nak hantar ke supervisor esok tapinya dah tercuri masa tengok movie pastu alang-alang dah terbukak blogger ni apalagikan. Rindu kot nak ketuk keyboard ni kuat-kuat. Haaa kau amik ni amik!


Kereta aku kena pecah dua hari lepas. Aku tingalkan kereta tak sampai setengah jam pun tau tak. Balik-balik tengok cermin tingkap belah kiri penumpang belakang dah lopong macamtu. Aku pergi pasar malam. Park kereta dekat jalan tepi sebelah rumah orang tu. Kereta tu aku takdelah letak belakang sekali dah takdelah depan sekali. Kira macam just nice ah tengah-tengah kereta lain. Masatu dalam pukul 7 empat puluh lebih dalam pukul 8 suku camtulah aku balik ke kereta. Nasib berlima tau kalau sensorang entah benda lain pula jadi. Masa nak kereta tu aku dah pelik dah tengok orang sebelah kereta aku dah mundar-mandir pintu kereta biar terbukak tapi duduk luar pastu sibuk cakap dekat telefon. Belakang kereta aku ada van buruk. Aku syak orang tu buat dajjal dekat kereta aku. Sukati je kan asal van buruk je ingat orang tu jahat. Yelah aku rasa macam tu pasal apahallah depa duduk dalam van dengan lampu tak bukak pun lampu dalam je kot bukak entah tak ingatlah. Aku memang dah tak sedap hatilah. Apa lagi cecepat masuk kereta. Time tulah tertiba kawan aku gelabah cermin tingkap pecah. Aku lagilah gelabah. Kereta aku kottt kena pecah. 


Terus gerak pergi balai polis buat report. Tapi apa jelah polis boleh buat selain ronda kawasan tu je. Insurance pun tak cover tingkap. Last-last pakai duit sendiri juga betulkan tingkap. Dah siap dah pun semalam. Dah siap kena bebel dengan mak pak sekali. Biasalah dah buat salah walaupun bukan beg aku yang letak dekat seat belakang tu tapi sebab kereta aku akulah yang kena marah. Sobs :( Masatu rasa alangkah indahnya kalau dah ada suami bolehlah mintak suami yang tolong settlekan. Tapinya suaminya nggak ada lagi dong. Aku kan independent woman kenalah buat semuanya sendiri. Perempuan kuat kot ni. Ceh. Padahal call Shahrin dah meleleh dah. Kalau Tanjung Malim tu sebelah Kuantan je memamg kita paksa awak datang haaa! Nasib baik jauhhh. 


Jumaat depan ni ada IIMP (islamic input in medical practice) kena lakonkan case study. Kitorang tak buat live play kitorang pilih untuk record. So semalam lepas hantar kereta ke workshop pergilah record video. Aku asalnya watak aku medical student je sebab yang patut jadi specialist tu tak datang aku pun amiklah watak tu. Specialist garang. Kakakakaka. Dengan muka aku yang garang ni plus sukati je nak cakap apa yang aku nak cakap sesuailah tu kot untuk watak specialist merangkap HOD (head of department). Aku ni memang jenis yang dingin lagi bengis sikit. Eceh. Tak ni serius. Pastu suka cakap apa yang ada dekat kepala otak takde nak tapis-tapis dulu. Haihh. Tapi kalau bebetul kenal aku ni manja sebenarnya hihihihi sebab tu Shahrin cair. Kbai. Balik pada video tadi aku sendiri rasa malu nak tengok muka sendiri. Dahlah tak cantik dari tepi. Eii confident boleh takkk. Nak cantik macam mana lagi. Cantik dah tu. Blergghhhh.


Rabu lepas buat short case dengan Dr Taufiq. Pasal cerebral palsy (CP). Aku buat short case tang CNS (sistem saraf) examination. Adik tu ada hyperreflexia, hypertonia, power dia grade 3 pastu ada positive babinski sign. Upper motor neuron lesion. CP dia jenis spastic cp. Pastu dokter tanya what other type of cp apart from spastic, aku sukati je main taram cakap tonic clonic dr. GILAAAAAA! Nampak sangat kebodohannya nak kemalasannya di situ. Tonic clonic tu type of seizures (sawan). Memang kena dekat situ jugak. Dah ada dah seminar pasal CP tu tapi aku tak concentrate pastu main taramm je sukati je cakap tonic clonic. My God. Apaniiiiiii. 


Esoknya cuti awal muharam tu terus study pasal CP. Ada banyak classification of CP. Yang according to clinical pictures tu salah satunya spastic tulah. Other than spastic ialah dyskinesia, ataxia dengan mixed. Nilah jawapan yang patutnya aku jawab masa dokter tanya bukan tonic clonic tu. My goddddd. God saves me please :( Lagi 3 minggu je ni nak exam. Brace yourself! Save yourselflahhh!!!!! 




Macam nak doakan orang yang pecahkan kereta tu mati kena lenyek lori sampah. Tapi takbaik pulak kan. Takpelah kita doakan jelah dia insop buat keje-keje macam ni. Lagi best kalau dalam beg dia curi tu ada quran. Takpe bang boleh amik paeds protocol tu belajarlah cara-cara nak manage apa-apa penyakit kanak-kanak ea bang kot kot nanti anak abang sakit ke kan. Blergghhh.

Kbai.

Nanti-nanti :)