Sunday, February 7, 2016

Dudupdap

Masanya makin hampir, tinggal dua hari je lagi. Hari dekat-dekat betul nak exam nilah tetiba satu hari boleh cover banyak topik sebab dah under pressure. Masa awal study week itu hari, hmm takpe exam lama lagi lek ah...

Dan akhirnya tinggal lagi dua hari.

Master of procrastination sungguh.

Habis je exam ni, cukuplah dua tahun setengah in medschool. Inshallah kalau takde aral melintang, everything runs smoothly, tinggal lagi dua tahun setengah. Clinical years ni semuanya soal rezeki. Dapatlah examiner strict macam mana pun, dengan banyak benda tak cover, kalau dah Tuhan nak bagi rezeki masatu passlah kau dengan jayanya. Bukan soal kau habis baca ke tak, banyak hafal ke tak. Taktau pun patient jenis apa yang kau akan dapat sampailah time exam je nanti. Dapat patient yang bebetul nak tolong kita, alhamdulliah. Dapat yang tak cooperative, mintalah tukar patient awal-awal.

Moga clinical exam nanti dapat patient yang cooperative gila. Macam mana paeds dulu. Nak nanges rasa baik sangat maknya. Janganlah dapat patient yang kerek. Inshaallah tak :)

Sama macam masa paeds dulu, aku group first exam clinical khamis ni. Pukul 10 pagi dah habis. Sekarang ni nak positif je. Moga segala benda baik yang aku buat selama ni even sekecil zarah pun Tuhan balas dengan kemudahan masa exam nanti.

Amin.

Nanti-nanti.
:)



Saturday, February 6, 2016

thru thick and thin

Happy 5th year anniversary, Shahrin.
For many more years to come,
I love you.

:)








Tuesday, February 2, 2016

Study Week

Tengok meja yang berselerak dengan alat tulis dan buku-buku nampak macam kuat je study padahal ya tohan attention span aku bapak sekejap gila namateyyyyyy. Dua jam study dengan tekunnya (yalah tekun aku tak tengok phone pun masa study kecuali ada perkataan terms dan benda-benda yang memerlukan aku menggoogle, ha) lepastu terdistract sikit je terus landing dengan gembiranya macam takde exam je kan minggu depan ya ampun apa ni jadi ni.

Musim study week ialah musim dimana banyak gila benda yang aku nak buat, nak makan dan nak pergi. Selain study week takde pulak nak mengidam makan itu ini. Masuk study week kalau boleh tiap hari nak keluar cari makan. Aiyoo.

Paling mengidam sekarang nak makan pisang goreng/ sukun cicah sambal kicap. Mana nak cari dekat Kuantan ni? Sobs. Nak balikkkkkkkkkkkkkk! Tapi apakan daya mak kata jangan balik, duduk diam-diam dekat Kuantan study! Nanti balik kerja tidur, tengok tv tak study. Hmm kat sini pun sama mak. Tapi kalau kat rumah lagi teruklah. Macam manalah aku boleh study untuk first professional exam kat rumah dulu? Hmm mysterious sekali. Tunggu final professional nanti, ada berani ke tak nak study dekat rumah. Haa.

Study week juga ialah masa dimana aku banyak berfikir tentang masa depan. Eii betul ke ni nak jadi dokter? Betul ke ni? Lepastu rasa macam nak quit medschool nak kahwin. K tipu je. Gila kau nak quit medschool macam tu je. I love being in medschool. I love learning medicine. Tiap hari belajar benda baru. Sama ada daripada buku, lecturer, kawan, mahupun patients. I love talking to patients! Rasa macam hmm betul ke still nak jadi radiologist ni? Bila dah masuk o&g ni rasa jatuh cinta kepada obstetrics. Tapi tak gynae. Berat sebelah sungguh. Memang, gynae aku bapak teruk gila. Mana tak teruk pemalas nak clerk patient gyne. Okay, esok kita clerk satu patient gynae. Ada 50% possibility untuk dapat case gynae masa exam. Tau tak?! Eii.

Shahrin kata,
"Pelik awak ni amik medik, bukan patutnya busy ke, tapi ada banyak masa ya fikir pasal "kita"?"

Hmm tulah, aku pun pelik.
Bukan patutnya masa aku banyak habis ke buku dan hospital ke?
Hmm.




Okay dah boleh stop buat benda yang lagha and get back to your books!
Nanti-nanti :)