Masanya makin hampir, tinggal dua hari je lagi. Hari dekat-dekat betul nak exam nilah tetiba satu hari boleh cover banyak topik sebab dah under pressure. Masa awal study week itu hari, hmm takpe exam lama lagi lek ah...
Dan akhirnya tinggal lagi dua hari.
Master of procrastination sungguh.
Habis je exam ni, cukuplah dua tahun setengah in medschool. Inshallah kalau takde aral melintang, everything runs smoothly, tinggal lagi dua tahun setengah. Clinical years ni semuanya soal rezeki. Dapatlah examiner strict macam mana pun, dengan banyak benda tak cover, kalau dah Tuhan nak bagi rezeki masatu passlah kau dengan jayanya. Bukan soal kau habis baca ke tak, banyak hafal ke tak. Taktau pun patient jenis apa yang kau akan dapat sampailah time exam je nanti. Dapat patient yang bebetul nak tolong kita, alhamdulliah. Dapat yang tak cooperative, mintalah tukar patient awal-awal.
Moga clinical exam nanti dapat patient yang cooperative gila. Macam mana paeds dulu. Nak nanges rasa baik sangat maknya. Janganlah dapat patient yang kerek. Inshaallah tak :)
Sama macam masa paeds dulu, aku group first exam clinical khamis ni. Pukul 10 pagi dah habis. Sekarang ni nak positif je. Moga segala benda baik yang aku buat selama ni even sekecil zarah pun Tuhan balas dengan kemudahan masa exam nanti.
Amin.
Nanti-nanti.
:)