Tuesday, March 1, 2016

Monolog

Kadang-kadang aku rasa aku macam mengambil kesempatan terhadap Rahmat Allah. Dah dekat nak exam baru minta betul-betul sebelum tu doa acuh tak acuh je, laju je doa, tak menghayati langsung pun. Ah kalau tak kerana pertolongan Allah aku takkan terus berada dekat sini. Aku rasa aku kurang kebergantungan kepada Allah sebab tu tak habis-habis dengan isu insecure dengan orang lain. Tak habis dengan isu rasa diri paling bodoh paling kerdil paling taktau apa-apa. Tak habis isu dengan berperang dengan sifat malas hari-hari dan sering kalinya aku tewas.

Memang rasa tak layak langsung pakai white coat tu sebab ilmu tak banyak mana pun. Kadang rasa macam nak campak white coat ke luar, eh boleh tak aku nak clerk patient tanpa pakai white coat. Takdelah rasa berat sangat tanggungjawab sebagai medical student tu. Medical student ni dalam hospital tu ialah the lowest of the lowest tau. Tapi jalan kemain nak gah lagi ilmu suam-suam kuku, bila doktor tanya taktau. Ya Allah sedihnya dengan diri sendiri. 

Exam yang lepas posting lain semua pass siap ada distinction lagi kecuali posting aku (O&G) yang orang kata senang sangat tu kalau fail peliklah sebab memang jarang sangat orang fail. Group lain dah menyahkan "Fail" tu tapi group aku masih ada, dan tak ada langsung distinction. 

Aku kena kerja kuat lagi ni. Jangan lembik beno. Kena rajin lagi study. Surgical posting (posting sekarang) dah tak ada dah study week. Kalau rasa nak study last minute takpayahlah jadi dokter. Tolonglah jangan main-main lagi. 

Tak cukup malu lagi ke dengan Allah? Boleh hitung berapa banyak je kebaikan yang aku buat, tapi Allah masih tolong. Biarlah usaha tu selaras dengan doa bukan suam-suam kuku je. Doa beria study malas tak guna juga. Macam-macam minta bila dah dapat lupa Allah. Allah tak rugi apa-apa. Akulah yang rugi.

Distinction?

Usaha kuatlah. 
Aku takkan kemana kalau Allah tak tolong. 
Ingat tu.