Monday, September 12, 2016

few days before holidays ends...

Ikutkan, hujung Ogos haritu dah balik Kuantan, sekarang mungkin tengah pening dengan forensic posting, memikirkan nak buat dekat hospital mana masa cuti interposting nanti, dan excited juga nak balik cuti raya haji. Tapi disebabkan takde lecturer yang available untuk teaching, department bagi extend cuti sampai 18/9. Pertama kali dalam sejarah sejak first year dapat cuti lebih 3 minggu. Selama ni 3 minggulah paling lama. Oleh sebab sedara-mara ramailah juga yang tinggal berdekatan, dan bila adanya aku dekat rumah makanya akulah yang perlu bawa nenek ke mana saja yang dia mahu, makanya soalan yang sama ditanya, “eh kau ni bila nak balik? Lamanya cuti”


Cuti lama-lama ni mereput juga rasa. Dah biasa cuti seminggu tiba-tiba diberi lama macam ni hmm nak buat apa ya dekat rumah ni? Tapi bestlah duduk rumah takyah fikir nak makan apa, pergi kedai main kaut je frozen food untuk dimakan bila lapar, dapat sikit duit poket untuk beli barang online sampai posmen dah kenal, yelah tiap hari kot ada penghantaran ke rumah, setiap hari untuk setiap minggu, kalau tak aku, adik aku, obviously akulah paling sikit membeli hihihi. Okay tak setiap hari tapi setiap minggu tu betul. Takde satu minggu pun sunyi daripada pin pin posmen minta cepat keluar ambil barang. Kah! Dan disebabkan aku terlampau bersenang lenang dekat rumah, makanya satu hari abah berkata, “makin montel kau ni abah tengok, kerja makan je dekat rumah”


Okayyy baru haritu aku bangga gila babi berat aku turun masa puasa itu hari jadi 49kg sekarang dah menjangkaui 54kg. A fatty bambam. Makin membulat. Semalam tengok gambar lama, ya tohan kedingnya aku dulu, lagi sikit nak macam papan. Bayangkan sekarang semua ukuran dah naik 2 inch. God saves me! Shahrin pun makin lama makin bambam jadi tak salah untuk aku ikut sekali hmm takboleh takboleh kena turunkan berat badan juga naik cuti niii but how?!

Hmm sedapnya bau 


Hati meronta-ronta nak makan tapi aku tahan jelah petang tadi melantak tak ingat dunia. Kang ada juga yang meroyan perut makin buncitlah apa, kawal nafsu please?

Hujung Ogos lepas list name untuk setiap posting keluar. 4th year ni ada 5 posting keseluruhan. Forensic, Orthopedic, Specialized, Commed/Fammed & Psychiatric. Selain forensic & psychiatric 3 posting tu je students dipecahkan pada 3 group besar pastu rotate. Jadi, first posting aku ialah Ortho, diikuti specialized dan berakhir dengan commed/fammed. Siapa cakap 4th year honeymoon? Aku baca kata-kata senior pun dah rasa nak mati je T.T Taktaulah mana yang the toughest rasa macam semua sama je tough. Moga Tuhan permudahkan semuanya.


Selamat Hari Raya Haji
Nanti-nanti :>



No comments: