Thursday, September 1, 2016

Little Pumpkin

Sedang aku beri makan pada Niman, kucing jantan separa parsi yang luarnya tampak seperti kucing betina ditambah lagi dengan loceng pink, makin menyerlah kebetinaannya, aku ternampak Noni. Noni anak kecil pada jiran yang tinggal di kawasan perumahan berhadapan dengan rumah aku, yang aku panggil Kak Suzie. Nampak macam mahu ke kedai. Dari jauh aku panggil, “Noniiiiiiiii!” Langsung tidak menoleh, mungkin Noni tidak dengar. Aku pun terus membelai Niman, seterusnya masuk ke rumah.

Petang tu, tengah aku leka menghadap tv, nenek ajak aku hantar pisang, pucuk ubi dan juga ubi kayu ke rumah Suzie. Macam biasalah musim cuti ni akulah drebar nenek. Sepatutnya Ahad lepas aku dah balik ke Kuantan untuk memulakan tahun keempat. Nantilah aku cerita kenapa sampai sekarang aku tak balik-balik hihi.

Aku cepat-cepat bersiap, malas mahu dengar nenek bising, terus gerak ke kereta, eleh sekali nenek yang tak siap lagi blergh. Noni memang tinggal depan rumah nenek, tapi tak adalah dekat mana pun, ada parit besar lagi yang memisahkan. Rumah nenek bukan dalam kawasan perumahan. Tanah lot, sebuah-sebuah yang kiri kanan pokok-pokok, betul-betul sebelah pagar rumah ada jalan bertar kecil ke belakang menghubungkan dengan jiran-jiran lain. Dulunya kawasan perumahan tempat Noni tinggal tu ladang sawit, sampailah aku berumur 19 tahun kawasan itu dibeli dan dibuah rumah.

Okay sambung, siap masukkan segala ubi dalam kereta, terus gerak ke rumah Noni. Kelihatan Noni dan abangnya, aku tak ingat apa namanya, sedang bermain basikal di laman rumah. Ya tuhan comelnya Noni dahlah putih kulit memerah, comelnya rasa nak culik dan buat anak angkat kah! Turun-turun dari kereta,


“Assalamualaikum. Hai Noni, ibu mana?”

Yang menyahutnya, abangnya. Malu mungkin.

“Ibuu ada orang datang”

Comelnya Noni malu ya ampun. Aku sebab dah rasa biasa dengan Kak Suzie walaupun ini baru cuma kali kedua datang ke rumah, terus buka pintu pagar dan masuk ke dalam. Dengan satu tangan memegang plastik yang penuh ubi, sebelah lagi mahu menghulur salam.

“Kak, nenek bagi ubi ni makanlah nanti ada banyak lagi kat rumah”
“Eh masuklah”
“Sekejap je ni. Satgi nak pergi rumah belakang pula”

Ubi ada selonggok, bukan kami punya, Cik Timah yang bagi. Aku tak ingat apa yang nenek bualkan dengan Suzie. Aku terus mendapatkan Noni sebelum ke kereta.

“Hai Noni”

Noni senyum malu-malu.

“Sekolah tak harini?”
“Sekolah”
“Dah mandi belum?”
“Dah”

Bleh bleh bleh dan aku pun balik ke rumah.
Balik rumah dengan satu berita gembira,

“Pergi ambil durian dekat kereta kancil depan, ada Cina bagi tadi”

Yeay durian. Akulah hantu durian dekat rumah ni. Thank you uncle bagi durian free wiwiwiwiwi. Senang gigih memindahkan durian daripada dalam kereta ke dalam rumah, Noni panggil,

“Kakakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk”

Ya Allah comelnya. Serius. Mak kata macam cerita kartun je panggil macam tu, okay sekarang bayangkan cerita Dragan Ball, saat Gohan dah lama gila tak jumpa Goku, dan panggil “ayahhhhhhh” ha lebih kurang macam tulah tone dia.

Aku sambil melambai panggil Noni kembali.
Dan ini belarutan selama berapa ketika.






This is obviously not Noni.

Nanti-nanti;)

1 comment:

nots said...

nak tau tak? nama noni tu nama aku hahahahhaha