Thursday, July 19, 2018

final professional exam 2.0

Final Professional Exam is freaking next week!
Macam tak percaya dah nak habis medical school inshallah. Memang berdoa sangat Allah beri kemudahan waktu exam nanti, ditenangkan hati, dilapangkan dada, mudah menjawab setiap satu soalan teori, dapat patients yang cooperative, examiners yang lembut hati, dan dimudahkan urusan untuk menjawab soalan examiners dengan tenang dan betul, dan ingat apa yang dah belajar di saat memerlukan. Ya Allah, Allah jelah tahu macam mana perasaan aku sekarang ni. Banyak sangat tak cover lagi. Sekarang ni cuma mampu berdoa apa yang aku dah baca yang tulah masuk exam, dan diberikan petunjuk untuk baca tajuk-tajuk yang akan masuk exam nanti. 

Semoga kami satu batch 100% pass final professional exam in one go. Tak boleh bayangkan kalau ada salah seorang yang tercicir. Semua orang nak pass. Takde seorang pun nak fail. Orang-orang yang dah pernah rasa fail macam aku, lagilah trauma. Bukan senang nak bangkit balik daripada gagal. Susah. Hari-hari minta dengan Allah bagi kekuatan. Aku rasa failnya aku masa medical posting itu ialah turning point bagi aku. Selama ni takdelah nak bergantung sangat pun pada Allah, doa pun cincai tiba-tiba je dah habis. Tak faham sangat pun konsep rezeki. Bila dah fail haritu, barulah sedar semuanya yang hidup kita ni macam mana pun perlu berpaksi pada Allah. Bila kita dekat Dia lagi dekat. Bila kita jauh, jauhlah Dia. Lainlah perspektif aku tentang hidup lepas aku fail haritu. Hidup ni kalau kita bergantung pada usaha kita sahaja memang takkan rasa cukup, rasa tak tenang, risau, tapi kalau kita letakkan pergantungan kita pada Allah, disamping usaha yang selari, inshallah rezeki tu mencurah datang lagi kalau kita yakin Allah tolong, Allah ada sentiasa ada, Dia dengar, Dia nampak, dan kita percaya Allah takkan kecewakan kita.

Sekarang dah nampak hikmah fail itu hari. Lagi satu konsep syukur. Tak pernah fail sebelum ni, daripada first year sampailah ke final year berderet pass sampai syukur tu dah tak sepenuh hati. Dia rasa macam okay pass so what? Next time mesti pass punyalah. Sekali Allah jentik bagi fail sikit terus terduduk meraung macam apa. Teruk aku nanges haritu. Sampai mak & abah risau sangat takut aku buat benda yang tak elok. Lepas fail haritu, baru nampak semuanya. Bila kita bersyukur, Allah akan bagi lebih lagi. Oh dan aku lepastu lebih kerap call parents minta doa. Sebelum tu jarang sangat. Seminggu sekali dua minta doakan pun sebelum nak exam je. Lepas fail tu tiap kali call  mesti akan minta doakan. Call nenek & atuk pun makin kerap. Kadang kita lupa doa parents & orang yang sayang kita nilah yang buat urusan kita mudah. Kalau tengok usaha je tak cukup weh. Banyak faktor lain yang menyebabkan seseorang tu berjaya selain usaha semata. Kuasa doa tu dan rahmat Allah lagi power daripada usaha semata. Semuanya kena seiringlah. 

Aku memang desperate gila nak pass final professional exam and graduate tahun ni juga. Cukuplah sekali haritu rasa peritnya fail tu macam mana, cukuplah sekali tu keceweakan mak,. abah, nenek &atuk. Aku percaya Allah akan tolong. Dia takkan biarkan hambaNYA sedih lama-lama. Bila kita minta, kita mohon dengan penuh pengharapan dan percaya, Dia takkan kecewakan kita. Allah itu ialah seperti apa yang kita sangka. Jadi bersangka baiklah. Inshallah. Aku dah mampu bersyukur Allah failkan aku haritu, tegur aku, supaya aku dekat dengan Dia, berharap dengan Dia. Jadi bila aku dah dekat, dah bergantung dan berharap pada Dia, aku yakin dan percaya inshallah Dia takkan kecewakan.





No comments: