Monday, June 15, 2015

Paranoid

Jumaat lepas last lecture untuk second year. Sekarang dah start study week. Isnin depan exam starts. Habis hari rabu. Dan bermulalah study week untuk 1st professional exam pula. Campur pro exam ni sepanjang 2 tahun ada 17 exams yang aku kena tempuh. Dengan izin Tuhan ada rezeki dapatlah masuk clinical years September ni.

Kadang aku takut if things doesnt work the way I wanted it to be. Takut. Because future is something yang mysterious. Even sejam lepasni pun kita taktahu apa yang kita akan buat. Aku takut kalau aku tak dapat jadi apa yang aku nak. Tak dapat capai childhood dreams aku. Tak dapat bersama dengan orang yang aku nak. 

Khamis lepas aku pergi satu talk ni, lecturer aku sendiri yang bagi pasal pro exam vs ramadhan. Benda yang paling buat aku terkesan sekali ialah perihal pencuri masa. Satu, takutkan masa silam, dua takutkan masa depan. Akulah golongan yang takutkan masa depan tu. Lepastu dok fikir negative end up takde mood nak buat benda lain. Padahal sendiri tahu masa depan tu kita boleh ubah. Memang Tuhan dah aturkan semuanya. Tapi sebenarnya semua benda ni bergantung pada tindakan kita harini. Bergantung pada usaha kita sebanyak mana untuk capai apa yang kita nak tu. Kan?

Selama ni aku selalu ambil bulat-bulat apa yang orang cakap. Contoh, bila mak tanya kenapa kau tak cari calon dokter jugak, nanti kang tak sehaluan. Aku fikir okay mak nak menantu dokter. Padahal mak tak kisah pun. Mak cuma nak aku cari someone yang boleh faham profession aku nanti. Ni tak bulat-bulat terima macam tu lepastu rasa down.

Okay aku memang down sekarang ni. Rasa macam banyak gila dugaan dalam relationship ni. Masa dan juga wang ringgit. Aku selalu rasa bila ada dugaan tu macam okay ni hint yang menunjukkan mungkin kita takde jodoh. Lepastu mula fikir bukan-bukan. Paranoid sangat. Sekali lagi takutkan masa depan. Padahal we all know the holder of everything kan Tuhan. Kenapa nak takut sangat? Doalah minta yang baik-baik. 

Aku harap sangat everything gonna run smoothly. Aku tengah cakap pasal cita-cita dan juga relationship ni sebenarnya. Tipulah tak sayang dah lama macam ni. Gila apa. Just dont take the obstacles as something negative boleh tak? Lantak p lah orang kata kalau dugaan banyak ni dia bukan jodoh kita, ada orang lagi baik untuk kita bla bla bla. Boleh tak fikir obstacles tu as something positive. Bukan senang nak senang. Takkan baru ada dugaan sikit terus nak lemah. Mana boleh!

Kata nak together thru ups and downs, thru thick and thin. Mana tahu nanti ada dugaan lagi besar daripada ni, tapi sebab dah lalui obstacles yang sekarang ni, obstacles yang akan datang tu nampak mudah je untuk dilalui. Yang penting no matter what happens kita kena support each other. And accept orang tu no matter who they are. Takkan nak ubah orang lain untuk jadi apa yang kita nak. Baik cari orang yang sebiji characteristics macam apa yang kita nak. Kita sendiri nak orang terima kita apa adanya. Faham kita. 

Sekarang nak exam malas nak fikir sangat. I really really hope we are meant for each other. Memanglah jodoh tu semua dah ditetapkan Tuhan, tapi kita berhak berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. Usaha dulu. Dapat tak dapat itu semua kerja Tuhan. At least, nanti-nanti takdelah menyesal sebab dulu tak usaha bebetul. No regrets. 

Nanti-nanti :)