Semalam waktu tengah berjalan kaki ke hospital dengan Anis, dalam deretan kereta yang tersusun, ada satu kereta Volkswagen Beetle lama, warna kelabu. Aku rasa kereta tu sangatlah menarik perhatian Anis. Anis kata,
"Aku teringin nak ada satu kereta tu"
"Oh aku ada satu dekat rumah"
"Yeke? Cantik"
"Kereta atuk aku"
Perbualan seterusnya mengenai atuk dan kereta.
Waktu awal kahwin dulu, atuk cuma ada basikal. Daripada basikal upgrade ke motorsikal. Sweet jugalah bila bayangkan atuk dengan nenek bersama ke sana ke mari dengan basikal/motor. Lepastu fikir balik kesian atuk kena kayuh kot kot nenek berat ke. Kah! Kalau terpaksa jalan jauh tu, naiklah kenderaan awam macam bas ke teksi ke.
Anak dah masuk 3 pun (mak aku), masih dengan motorsikal. Mengikut cerita atuk, satu hari mak minta atuk kereta. Waktu tu mak kecil lagi dalam usia budak-budak sekolah rendah.
"Abah, adik nak kereta"
Lalu atuk pun belikanlah mak kereta mainan.
"Abah, adik nak kereta betul bukan kereta mainan"
Aku taktaulah betul ke takkan cerita atuk ni (haha) tapi mungkin selepas fikir masak-masak tentang keluarga yang makin lama makin besar atuk pun buat keputusan untuk beli sebuah kereta. Masatu kereta murah je. Barang murah, tapi duit tak banyak. Atuk beli Volkswagen Beetle second hand dengan harga yang bagi aku murahlah nak dibandingkan dengan sekarang (dalam RM5k tak silap aku). Tapi zaman tu RM5k besar. Ke lagi murah tah, eii lupa!
Maka bergembiralah emak dapat kereta takyah naik motor lagi pergi sekolah yay!
Sekarang kereta tu dah nak masuk 40 tahun. Ada lagi dekat rumah. Tak guna sangat sebab atuk dah ada kereta lain. Sekarang guna untuk ke kebun saja oleh abah. Ada je orang datang rumah dengan RM30k (cash) nak beli kereta tu. Tapi atuk taknak, for sentimental reason.
Aku tinggal dengan atuk dari aku merah lagi. Sampailah sekarang. Jadi senang kata aku membesar dengan kereta tulah. Itulah kereta yang atuk guna untuk hantar aku ke sekolah bila hujan. Aku benci gila hujan. Kalau boleh nak hari-hari panas. Sebab apa? Sebab kalau hari hujan terpaksalah naik kereta ke sekolah lepastu kena ejek dengan kawan sebab naik kereta katak. Sobs :(
"Atuk, tadikan dekat sekolah kawan ejek naik kereta katak :("
"Alah biarlah kawan tu, yang ejek tu pun belum tentu ada kereta, entah naik motor je"
Memang pun. Dahlah naik motor buruk pastu payung lubang-lubang sukati je ejek aku (statement jahat gila babi)
Tolonglah ya Tuhan jangan turunkan hujan harini (doa aku hari-hari)
Tapi sekarang aku antara orang yang sebolehnya taknak kereta tu dijual mahupun diserahkan kepada cucu-cucu atau anak yang lain. Dalam kepala aku, nanti-nanti bila dah kerja, dah ada duit aku nak modify kereta tu sampai cantik. Kereta dah lamakan takboleh jalan jauh. Yang bestnya tak makan minyak. Tapi itulah nak cari barang sparepart tu susah sebab kereta lama.
Okay rindu atuk :(
Sekarang atuk dah 84 tahun.
Teringat masa kecil-kecil dulu berebut nak tidur sebelah nenek dengan atuk. Nenek hari-hari tidur bawah, temankan aku, jadi tidurlah atuk sorang-sorang di atas. Teringat bila bangun tidur (waktu kecil dulu umur dalam 4/5 tahun), nenek sapu rambut dengan minyak zaitun, buat simpulan bun. Aku pun panjat ke katil nak bermanja dengan atuk. Paling geli bila atuk letak tangan aku ke misai dan jambang yang baru lepas cukur. Rindunya zaman dulu. Lepas nenek siap simpul bun, aku minta nenek piggyback ke dapur. Kesian nenek tak larat cucu berat benor.
Ke dapur, sarapan sama-sama. Tak lama lepastu, atuk keluar beli barang dapur. Tiap kali atuk keluar beli barang dapur, atuk tak pernah lupa untuk beli gula-gula. Sekarang atuk dah tak kuat sangat, bila cuti, aku yang gantikan tempat atuk. Eii sedihnya bila flashback ni. Rasa nak terbang balik rumah sekarang juga nak peluk atuk & nenek kuat-kuat.
Akulah yang paling dekat sekali dengan atuk&nenek. Memang akulah cucu paling disayangi (kah!). Walaupun atuk &nenek kata sayang semua sama rata, aku tahu akulah yang paling mereka sayang. Confident level bapak tinggi gila. Haha.
"Agaknya bila kau konvo nanti atuk ada lagi ke tak ya?"
"Agaknya nanti bila kau kahwin, dapat tak atuk tengok?"
(K sedih dengar)
Mestilah boleh tuk! Atuk ada lagi 16 tahun untuk hidup.
Atuk cerita ada dokter yang rawat atuk cakap,
"Jangan risau pakcik, pakcik boleh hidup sampai 100 tahun"
Walaupun tahu itu tak benar, tapi dia buat atuk rasa gembira.
"Nanti dah jadi dokter, jadi dokter yang baik. Layan pesakit baik-baik. Cakap elok-elok dengan orang tua. Jaga bahasa, jaga adab. Selalu senyum walaupun penat"
Sedihlahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh nak balik nak peluk cium atuk :(
Nanti-nanti.
:)