Thursday, September 29, 2016

orthobots

Senior kata posting ortho paling tough antara yang lain sepanjang 4th year ni. Serius betul, memang penat tapi best gila. Rasa macam baru masuk medschool, on the first day of medschool kami semua terpinga-pinga dengan anatomy, terms baru, ha macam tulah perasaan masuk ortho ni sebab dah lama gila tinggalkan anatomy of limbs. Gila dulu aku hafal kot tiap satu muscle dekat limbs, siap hafal lagi selok-belok laluan urat saraf, pastu sebab dah tak pakai selama dua tahun lebih dan tak revise masuk ortho ni memang blurlah. Dari 8 pagi hingga 5 petang dekat hospital, memang balik bilik tu takyah cakaplah benda pertama memang nak tidur. Eh tapi aku memang kuat tidur pun alasan je semua tu. Kah! 

Eh dahlah seminar tak start pun lagi buat.

Setakat ni aku tak jumpa lagi case macam ni masa oncall. Ada lagi 9 kali oncall. Jumpalah nanti kan. Jadi baik aku persiapkan diri dengan ilmu bebanyak. Hari-hari perang melawan malas tau! 


Nanti-nanti :)